Sunday 25 November 2012

Starting Again.

Bismillahirahmanirahim......

                Salam perkenalan. Nailah Farafisyah; bukan nama sebenar. Sekadar meminjam nama isteri Saidina Usman Affan. Semoga Allah, memberkati usaha pembukaan blog baru ini dan tetap mengganjari usaha yang pernah ditumpahkan di blog yang lama dan telah berusia. Semoga Allah menjadikan hati ini ikhlas untuk terus menerus istiqamah menulis.

              Antara salah satu cita-cita saya semenjak kecil ialah ingin menjadi penulis. Mungkin sesetengah orang beranggapan cita-cita ini tidaklah sehebat mana. Tetapi tahukah anda, mata pena adalah antara yang tajam di dunia ini? Ketajamannya mampu mengasah akal dan intelek seseorang untuk berubah, 360 darjah.
Bahkan, ada sahaja gadis yang jatuh cinta pada penulis lelaki yang punya falsafah mempesona. Begitu juga sebaliknya untuk si teruna.

             Saya sengaja tidak mahu mendedahkan identiti saya. Biarlah kamu membaca tulisan saya kerana tulisan-tulisan itu. Bukan kerana siapa saya. Harapan saya, dapatlah kita berkongsi sesuatu yang mampu menyampaikan kita kepada kasihnya dan sayangnya Tuhan Yang Maha Memiliki Ilmu.

             Maha Suci Engkau, tiada apa yang aku tahu melainkan apa yang engkau ajarkan kepada kami. (Surah Al-Baqarah ayat 32)

            Saya berharap, Dia Yang Maha Mengetahui sudilah membimbing dan  menyentuh hati-hati anda melalui penulisan saya dan lebih besar harapan saya agar saya sendiri dibimbing dan disentuh hatinya oleh Dia.Kerana, dalam banyak-banyak aktiviti yang ada di dunia ini, aktiviti dakwahlah yang paling bermakna dan memberi erti. 

              InsyaAllah.